|
tq mr goggle 4 the pix...<3 |
Allah SWT
sudah menentukan bahawa jangka hayat umat manusia di penghujung usia dunia
adalah antara 60 dan 70 tahun. Hari berlalu dengan pantas. Jarak masa setahun
umpama sebulan putarannya.
Ini
ditegaskan Baginda SAW dalam hadisnya: “Sesungguhnya umur umatku adalah antara
60 dan 70 saja.” Riwayat lain menyebut: “Jika diberi umur yang lebih, maka itu
adalah daripada kurniaanKu.” (Al-hadis) Oleh itu, Allah SWT menggantikan
kepantasan masa dengan ganjaran lumayan hasil daripada amalan umat pada akhir
zaman, di samping pengampunan dosa mereka di atas keterlanjuran dilakukan.
Muslim yang
sebenar akan sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadan dengan
bermuhasabah diri terhadap ibadat sudah dilakukan, di samping niat dan keazaman
tinggi, bertaubat, beristighfar serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapi
ujian pada Ramadan bakal ditempuhi
Allah SWT
memuliakan antara satu bulan dalam setahun, iaitu Ramadan dan menjadikan ia
sebagai medan untuk kaum Muslimin berlumba-lumba melakukan kebajikan. Puasa
Ramadan antara ciri perbezaan antara umat Islam dengan umat lain.
Diturunkan
padanya kitab suci al-Quran sebagai panduan, dianugerahkan satu malam yang
lebih baik daripada seribu bulan supaya ganjaran pahala mereka dapat
mengimbangi umat terdahulu.
Inilah
antara keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW yang mana amalan mereka akan
digandakan ganjaran oleh Allah SWT sebagai penghormatan kepada junjungan SAW.
Pandangan
rahmat
Ada juga
riwayat menyebut lima perkara yang hanya dikurniakan kepada umat Muhammad SAW
antaranya Allah SWT melihat mereka dengan pandangan rahmat dan kasihnya pada
awal Ramadan, diperintahkan malaikat memohon keampunan untuk mereka.
Bau mulut
orang yang berpuasa adalah umpama kasturi yang semerbak harumnya, diperintahkan
syurga untuk berhias bagi menerima orang yang hampir dengan-Nya dan Allah akan
mengampunkan dosa mereka selama mereka tidak syirik pada-Nya. (Zabdatul
Wai’zin)
Ketika Musa
AS bermunajat, beliau berkata: “Wahai Tuhanku, apakah ada lagi manusia yang
dimuliakan sepertiku? Wahai Musa, ada di kalangan hambaku yang datang pada
akhir zaman yang mana mereka dimuliakan dengan bulan Ramadan dan aku amat
hampir dengan mereka pada ketika itu. Wahai Musa, ketika berbicara denganmu,
antara kita dipisahkan oleh tujuh puluh ribu hijab. Akan tetapi, apabila mereka
berpuasa, aku menyingkap semua hijab itu ketika mereka berbuka.” (Tanbihul
Ghafilin).
Part II akan diupdate nanti..hehehe...semoga seronok membacanye...
(Sumber: Berita Harian-14/7/2012)
See you guys!! With love