Wednesday, July 18

Ramadhan Comes Again!! Persiapan Ramadhan Part I


tq mr goggle 4 the pix...<3

Allah SWT sudah menentukan bahawa jangka hayat umat manusia di penghujung usia dunia adalah antara 60 dan 70 tahun. Hari berlalu dengan pantas. Jarak masa setahun umpama sebulan putarannya.

Ini ditegaskan Baginda SAW dalam hadisnya: “Sesungguhnya umur umatku adalah antara 60 dan 70 saja.” Riwayat lain menyebut: “Jika diberi umur yang lebih, maka itu adalah daripada kurniaanKu.” (Al-hadis) Oleh itu, Allah SWT menggantikan kepantasan masa dengan ganjaran lumayan hasil daripada amalan umat pada akhir zaman, di samping pengampunan dosa mereka di atas keterlanjuran dilakukan.
Muslim yang sebenar akan sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadan dengan bermuhasabah diri terhadap ibadat sudah dilakukan, di samping niat dan keazaman tinggi, bertaubat, beristighfar serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapi ujian pada Ramadan bakal ditempuhi
Allah SWT memuliakan antara satu bulan dalam setahun, iaitu Ramadan dan menjadikan ia sebagai medan untuk kaum Muslimin berlumba-lumba melakukan kebajikan. Puasa Ramadan antara ciri perbezaan antara umat Islam dengan umat lain.

Diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai panduan, dianugerahkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan supaya ganjaran pahala mereka dapat mengimbangi umat terdahulu.

Inilah antara keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW yang mana amalan mereka akan digandakan ganjaran oleh Allah SWT sebagai penghormatan kepada junjungan SAW.

Pandangan rahmat
Ada juga riwayat menyebut lima perkara yang hanya dikurniakan kepada umat Muhammad SAW antaranya Allah SWT melihat mereka dengan pandangan rahmat dan kasihnya pada awal Ramadan, diperintahkan malaikat memohon keampunan untuk mereka.

Bau mulut orang yang berpuasa adalah umpama kasturi yang semerbak harumnya, diperintahkan syurga untuk berhias bagi menerima orang yang hampir dengan-Nya dan Allah akan mengampunkan dosa mereka selama mereka tidak syirik pada-Nya. (Zabdatul Wai’zin)

Ketika Musa AS bermunajat, beliau berkata: “Wahai Tuhanku, apakah ada lagi manusia yang dimuliakan sepertiku? Wahai Musa, ada di kalangan hambaku yang datang pada akhir zaman yang mana mereka dimuliakan dengan bulan Ramadan dan aku amat hampir dengan mereka pada ketika itu. Wahai Musa, ketika berbicara denganmu, antara kita dipisahkan oleh tujuh puluh ribu hijab. Akan tetapi, apabila mereka berpuasa, aku menyingkap semua hijab itu ketika mereka berbuka.” (Tanbihul Ghafilin).

Part II akan diupdate nanti..hehehe...semoga seronok membacanye...

(Sumber: Berita Harian-14/7/2012)

See you guys!! With love

1 comment:

  1. selamat berpuasa fizz..
    follow :)

    http://mohdnajib27.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak-1433h2012m.html

    ReplyDelete